Thursday, 4 April 2013

Jumpa Doktor Veterinar – Part 1

Pada 28 Mac 2013 lepas, Mama & Papa bawak Doraemon & Shiro pegi klinik. Ni kira kali kedua untuk Doraemon tapi kali pertama untuk Shiro la..hehe..Tujuannya, untuk bagi cucuk vaksin! Huhu..cucuk2 ngan jarum nih, Doraemon dah pernah rasa..Macam mana la adik Shiro nanti kan..
Sesampai je kat klinik,nasib baik takde ‘patient’ lain..Oh lupa, PaMa bawak kami pegi klinik yang sama macam hari tu..Klinik Veterinar Muezza..nanti Doraemon suruh Mama cerita pasal klinik tu ek! Ok, sekarang cerita pasal kisah hari tu. Bila doktor tu tengok kami, doc terus cakap kami ade kurap..huwaaaa..;( Patutla asek gatal2 aje walaupun PaMa dah mandikan..So doktor bagi cadangan tentang rawatan untuk sesi pertama ni..
Firstly, (ceh Doraemon speaking..) doktor cek dulu fizikal kami..Tanya pasal 5 basic kat PaMa..(refer entri Pengalaman Pertama Jumpa Vet). Pastu doktor cek la kami sekor2..Jantung sihat..pernafasan baik..Okeh, proceed ke plan doc iaitu bagi ubat cacing (deworm), ubat kurap, vaksin, cuci telinga & potong kuku!
Doc cek jantung & mata Shiro sementara Doraemon mamam AD..
Ala Shiro nih..penuh 1 muka masuk dalam bekas tuh…
Eee..pahit la cecair kuning nih!
Doc bagi Doraemon makan ubat cacing dalam bentuk tablet, Shiro pulak dapat yang dalam bentuk cecair sebab doc kata tekak Shiro kecik..hehe
Tengok la Shiro, kuku Doraemon da kena potong ni..sibuk pulak dia makan…
Wuhuhu..geli la encik..telinga Doraemon kena cucuk kapas ni Shiro!
Erk..Shiro pun kena cuci telinga ker..geliiii!!!
Fuh..lega..selesai jugak segala rawatan hari ni kan. Yeye..kami dah dapat buku rekod! Tapi doc tu tersilap tulis nama Shiro la..dia tulis HERO! Huhuk..Shiro ni gegurl la doc..name tuh untuk boboy macam Doraemon boleh la.. :(
Ni la buku rekod kami...:)
Ok la kawan2, nanti kita jumpa lagi ya..Kami nak sambung main! Tataaa..:)

No comments:

Post a Comment