Monday 26 August 2013

Alhamdulillah..rezeki...(^_^)

Alhamdulillah..berkat doa anak2 bulus ni setiap kali Papa & Mama keluar mencari rezeki,akhirnya Doraemon & Shiro dapat 'rumah' baru..
Huhu..jom la datang melawat kami! ;)
Besar yang amat..ada pintu atas lagi tu...
Seronok dok dalam cage sampai tak mau keluar da...

Tuesday 20 August 2013

Diet Baru Kami

Hai kawan-kawan!

Jumpa lagi..hehe..Hari ni Mama rajin pulak nak tolong share cerita kami..Mama nak bagitau yang Doraemon & Shiro dah mula ambil makanan tambahan sekarang ni..Apa nama tu..suplemen?supplement?Hehe..mana-mana jelah.. :P

Pernah tengok benda dalam gambar ni tak?


Sumber : Google Image
Ni la dia Brewer Yeast..Mama & Papa belikan untuk kami yang jenama BYS ni, tapi bukan dalam botol ni la..Mama beli yang repack je..sebab nak testing dulu, takut kami tak suka makan..Ada jual kat petshop kegemaran kami, Trendy Pets Sdn Bhd kat Jalan Gombak..hehe..

Mama kata dia lupa nak tanya yang sebotol ada berapa biji & berapa harganya..Tapi yang repack cuma RM5 untuk 30 biji..Arahan makan, sebiji sehari untuk bulus dewasa & setengah biji sehari untuk anak-anak bulus macam kami ni..weee.. ;)

Macam ni la rupa brewer yeast yang kami makan..


Sumber : Google Image jugak
Mula-mula tu kami tak reti nak makan, sebab tengok rupa macam ubat yang selalu doktor kat Klinik Muezza tu jek..uwekk!! Hu..tapi lepas 2,3 hari Papa suap kat kami..Doraemon dah mula suka & boleh makan sendiri dah..tak payah suap, letak depan mata je terus Doraemon ngap! Shiro je yang selalu lari kalau sampai masa nak makan yeast nih.

Huhu..kang Doraemon habiskan part Shiro baru tau..hehehehe..Tapi..tapi..tapi..sejak 2 hari lepas Shiro dah mula suka makan yeast ni jugak!Yeayy!!Eh kejap..kawan-kawan tahu ke kenapa Mama & Papa bagi Doraemon & Shiro makan brewer yeast ni?

Haa..kalau nak tahu kena tunggu entri akan datang ok!Surprise!!Hehe..babai..

Cat Cage For Sale - SOLD OUT-

Salam kawan-kawan..

Ni pengumuman Mama Doraemon nak bagitau ni..Pepagi ni Mama nak let go 'rumah' Doraemon dengan Shiro..Papa kata nak belikan kami 'rumah' baru sebab yang ada ni dah tak muat untuk kami tinggal berdua..


Ni rupa 'rumah' Doraemon & Shiro...
Saiz: 49cm (tinggi) x 60cm (lebar) x 42cm (dalam)
Warna: Putih
Condition: 90% baik & bersih
Sebab nak jual: Nak beli yang lebih besar
Harga: RM50 (nego tipis)

Kalau ada sesiapa yang berminat, boleh hubungi Mama Doraemon di talian 017-9650952..ok sekian!

(^_^) V 

Friday 16 August 2013

Pet Photoshoot...

Ni keja Papa..sila la layan keletah anak-anak bulus kami sebagai pengubat rindu kawan-kawan..:)