Wednesday, 26 June 2013

Berita Buruk...

Selamat tengahari..

Kawan-kawan..Arini Mama Doraemon hanya nak menyampaikan satu berita yang kurang baik. Tentang Shiro. Semalam (25.06.2013), adik Doraemon iaitu Shiro telah mengalami kemalangan yang hampir sama dengan yang pernah Doraemon lalui sebelum ni.

Ye kawan-kawan..Shiro telah terjatuh dari rumah kami. Tingkat 4 sebuah rumah flat biasa. Mama cuma dapat berita mengejutkan ni dari panggilan telefon Umie masa Mama tengah kerja. Mama Doraemon dah tak dapat kawal kesedihan. Papa bergegas balik dari tempat kerjanya yang lebih dekat dengan rumah untuk melihat keadaan Shiro.

Shiro jatuh secara mengejut, tak ada siapa menyaksikan melainkan Doraemon. Umie hanya sedar ketiadaan Shiro bila nampak Doraemon ada di luar rumah sambil memandang ke bawah dari celah pagar besi di koridor. Umie terkejut, Umie berlari turun tangga nak selamatkan Shiro. Mulut & hidung Shiro berdarah banyak.

Umie peluk Shiro yang kesakitan & naik ke rumah. Umie call Mama. Mama pulak call Papa. Kemudian Mama call doktor vet Muezza tu, mintak advise macam mana nak tenangkan keadaan. Papa balik, bawak Shiro ke klinik ditemani Umie. Masa tu Tuhan je tahu betapa Mama sedih sebab tak dapat tengok keadaan Shiro.

Doktor terpaksa tahan Shiro di wad. Keadaan Shiro lemah, dia masih trauma. Kata doktor, In Sha Allah Shiro tak mengalami patah tulang, tapi...rahang bawahnya dalam keadaan senget. Mungkin terhentak di bahagian bawah dagunya dulu masa dia jatuh. Bila Shiro dah sihat nanti, mungkin keadaan rahang tu akan kekal. Mulut Shiro tak dapat nak ditutup sepenuhnya.

Ya Allah..selamatkanlah Shiro. Tak kisahlah macam mana pun rupa Shiro, Mama tetap sayangkan anak bulus Mama yang satu ni. Doraemon pun rindu sangat kat Shiro. Dari petang sampai malam tadi Doraemon tak dapat keluar dari rumah kecil. Puas Doraemon mengiau panggil Mama,Papa,Shiro..Akhirnya Papa & Mama balik, tapi Shiro tak ada. Malam tadi Doraemon tidur sendirian.

Hari ni, masa Mama & Papa bersiap nak pergi kerja macam biasa..Doraemon akan duduk dalam bilik Mama. Tapi Doraemon sunyi, Shiro takde. Tak dapat nak main kejar-kejar. Shiro..cepat sembuh ya..Cepat balik..Doraemon rindu..Mama tak dapat menaip entri ni lagi. Mama sedih. Petang ni Mama & Papa nak pergi melawat Shiro. Sekian.



My little bulus, Shiro..Miss you....


No comments:

Post a Comment