Wednesday, 26 June 2013

Berita Buruk...

Selamat tengahari..

Kawan-kawan..Arini Mama Doraemon hanya nak menyampaikan satu berita yang kurang baik. Tentang Shiro. Semalam (25.06.2013), adik Doraemon iaitu Shiro telah mengalami kemalangan yang hampir sama dengan yang pernah Doraemon lalui sebelum ni.

Ye kawan-kawan..Shiro telah terjatuh dari rumah kami. Tingkat 4 sebuah rumah flat biasa. Mama cuma dapat berita mengejutkan ni dari panggilan telefon Umie masa Mama tengah kerja. Mama Doraemon dah tak dapat kawal kesedihan. Papa bergegas balik dari tempat kerjanya yang lebih dekat dengan rumah untuk melihat keadaan Shiro.

Shiro jatuh secara mengejut, tak ada siapa menyaksikan melainkan Doraemon. Umie hanya sedar ketiadaan Shiro bila nampak Doraemon ada di luar rumah sambil memandang ke bawah dari celah pagar besi di koridor. Umie terkejut, Umie berlari turun tangga nak selamatkan Shiro. Mulut & hidung Shiro berdarah banyak.

Umie peluk Shiro yang kesakitan & naik ke rumah. Umie call Mama. Mama pulak call Papa. Kemudian Mama call doktor vet Muezza tu, mintak advise macam mana nak tenangkan keadaan. Papa balik, bawak Shiro ke klinik ditemani Umie. Masa tu Tuhan je tahu betapa Mama sedih sebab tak dapat tengok keadaan Shiro.

Doktor terpaksa tahan Shiro di wad. Keadaan Shiro lemah, dia masih trauma. Kata doktor, In Sha Allah Shiro tak mengalami patah tulang, tapi...rahang bawahnya dalam keadaan senget. Mungkin terhentak di bahagian bawah dagunya dulu masa dia jatuh. Bila Shiro dah sihat nanti, mungkin keadaan rahang tu akan kekal. Mulut Shiro tak dapat nak ditutup sepenuhnya.

Ya Allah..selamatkanlah Shiro. Tak kisahlah macam mana pun rupa Shiro, Mama tetap sayangkan anak bulus Mama yang satu ni. Doraemon pun rindu sangat kat Shiro. Dari petang sampai malam tadi Doraemon tak dapat keluar dari rumah kecil. Puas Doraemon mengiau panggil Mama,Papa,Shiro..Akhirnya Papa & Mama balik, tapi Shiro tak ada. Malam tadi Doraemon tidur sendirian.

Hari ni, masa Mama & Papa bersiap nak pergi kerja macam biasa..Doraemon akan duduk dalam bilik Mama. Tapi Doraemon sunyi, Shiro takde. Tak dapat nak main kejar-kejar. Shiro..cepat sembuh ya..Cepat balik..Doraemon rindu..Mama tak dapat menaip entri ni lagi. Mama sedih. Petang ni Mama & Papa nak pergi melawat Shiro. Sekian.



My little bulus, Shiro..Miss you....


Thursday, 13 June 2013

Penunggu Setia

Hai kawan-kawan! Doraemon dan Shiro kembali beraksi! Hehe..Entri kali ni berkisahkan gaya kami bila kami menunggu sesuatu..Jom kita layan...

Doraemon tunggu Papa & Mama balik kerja


Shiro tunggu mama on TV
 
Dua-dua tunggu Papa bukak pintu bilik, nak masuk jugak!


Gaya bosan...tak tahu tunggu apa..hehehe


Ni lagi satu gaya menunggu Papa ngan Mama keluar dari bilik


Wednesday, 12 June 2013

Bila Terkurung...

Ni la pe’el Doraemon & Shiro bila tak dapat keluar bermain…Huhuhu…(T.T   )
Doraemon: Eerrkk..tak muat ke ikut bawah nih...

Mama!!!Nak gi main!!!

Thursday, 6 June 2013

TV Time!

Selamat siang semua! Hehe..akhirnya kami kembali dengan cerita yang lebih menarik!Weee….(^_^)V

Hari ni Mama Doraemon nak share dengan kawan-kawan tentang aktiviti baru Doraemon & Shiro iaitu menonton televisyen..Sila lah layan kerenah kami yang Mama capture ni yer…
 



Ni kalau siang-siang hari Shiro tak boleh kacau..Ni rancangan feveret Doraemon..di channel Astro 703..yes!AFC Channel..sape yang tak tau ni channel rancangan masak-masak & makan-makan?Huhu..shedappnyer tengok makanan tuh…
 


Ok Doraemon, waktu malam turn Shiro pulak nak layan movie tau..Kawan-kawan jangan tak tau..Shiro ni nama je gegurl tapi suka tengok cerita seram..Tak macam Doraemon, nama je boboy tapi suka tengok cerita masak-masak. Ada 1 malam tu kat tv ada cerita Pontianak Harum Sundal Malam. Shiro siap tengok dengan penuh emosi sampai rasa nak masuk je dalam cerita tu..Tak caya?Ha tengok ni…
 


Kehkehkeh…dasat tak hobi kami? Hehe..tapi kan…Papa tak bagi kami tengok tv lama2..Emm…bila Papa dah tukar siaran lain..macam ni la rupa kami…
 

Hukhuk..sekian..

Tuesday, 4 June 2013

Dalam Proses...

Hi kawan-kawan!

Lama tak jumpa kan! Mama ngan Papa Doraemon ni sejak jadi..ape nama tuh,yang orang tangkap-tangkap gambar tuh?Alaa..potograper ke hape? Haa...siboook je manjang..

Doraeomon ngan Shiro ni pun baru balik dari boarding kat Klinik Veterinar Muezza semalam..Mama cakap ada banyak nak cerita pasal kami tapi tak sempat lagi..Tapi Mama janji dalam masa terdekat ni..

So kawan-kawan tunggu cerita kami yea! Babai!!Heeee...(^_^)V