Monday 25 March 2013

Pengalaman Pertama Jumpa Vet

Alkisah sambungan dari kejadian pengalaman ngeri yang menimpa Doraemon…Petang tu, lepas Mama & Papa balik keja, Doraemon kena pegi jumpa doktor..Doktor veterinar kata Mama. To’ki (ayah kepada Mama) duduk rumah jaga Shiro.
Diorang bawak Doraemon pegi Klinik Veterinar Muezza kat Jalan Gombak.. Tak jauh sangat dari rumah kami. Nasib baik klinik belum tutup, padahal lagi 10 minit pukul 7. Klinik tu tutup pukul 7pm..Mama masuk dulu nak register. Pastu Papa bawak Doraemon masuk jumpa Vet. Vet yang rawat saya tu perempuan, muda lagi. Dia baik sangat.
Vet tu tanya macam-macam kat Mama & bagi tips untuk menjaga anak-anak bulus macam kami ni. Antaranya:
1)      Bagi makanan yang berkhasiat. Elakkan commercial food macam Whiskas, Friskies, ProDiet(ni makanan saya lah!), Smartheart. Nanti bulu cepat luruh, penghadaman tak sihat dan senang kena batu karang..
2)      Kena bawak pegi cucuk vaksin &ubat cacing setiap bulan. Ni penting untuk mengelakkan penyakit dalaman.
3)      Kena bagi ubat kurap. Nak tau tanda-tanda ada kurap? Cuba tengok dalam telinga tu, ada tak benda kaler hitam macam serbuk kopi tu? Haa..kalo ade, cepat2 pegi dapatkan ubat kurap ye. Lagi 1, anak-anak bulus macam kami ni akan sentiasa gatal kalau ada kurap atau kutu.
4)      If nak bela & taknak bagi membiak dah, lepas umur 6 bulan dah boleh spay. Yang ni boleh membantu untuk mengelakkan dari pembiakkan luar kawalan dan menambahkan bilangan kucing terbiar.. Lagipun kata vet, cara ni lebih menjaga kesihatan kami.
Ok, berbalik pada kisah Doraemon. Vet cakap umur saya panjang betul..Sebab ada yang jatuh dari tingkat tiga pun boleh ‘gone’. Isk isk..taknak la main kat luar lagi..Sambil vet bagi makanan shedapp dalam tin kecik tuh (Mama lupa nak tengok apa nama & isinya), Doraemon diberi satu suntikan antibiotik. Untuk menghilangkan trauma yang ada pada saya. Nasib baik cara landing saya betul. Nasib baik jugak diafragma (pemisah bahagian jantung dan usus) dalam badan Doraemon tak pecah atau bocor.

sumber: www.peteducation.com

Vet pesan lagi, minggu depan kena datang untuk cucuk vaksin. Alhamdulillah..Doraemon sihat dan takde kecederaan luar dan dalam. Cuma trauma je ada lagi, sebab tu tak berapa nak aktif. 5 perkara yang Mama kena perhatikan pada Doraemon, iaitu makan, minum, poo-poo, pee-pee & pernafasan. Kalo semua ok, maknanya Doraemon sihat walafiat!
err..mama kata ni wajah kembar saya…

No comments:

Post a Comment